Salam Khamis..
camne ye nak start cerita ni...haishh..writer block pula tiba-tiba...sedangkan dalam kepala macam-macam idea nak ditulis dalam blog ni..tapi..oleh kerana tak tahu gaya macam mana hendak bercerita..maka jadilah blog ini kosong tanpa sebarang entry buat beberapa hari..haha..apakahhh :p
Ok lah..mari kita mula..kamu2 semua nak dengar cerita tak..ehh bukan dengar baca je lah ye..
Kejadian ini berlaku pada hari Selasa yang lepas..di mana semua staff di office telah di beritahu sehari sebelumnya untuk membuat lawatan ke Pusat Kusta negara di Sg. Buloh..Ya, sebagai seorang yang kurang berpengetahuan mengenai pusat ini..dan lebih2 lagi apabila mendengar perkataan Kusta yang selalu memang kita dengar agak merbahaya dan berjangkit kan..dan mereka yang mengidap penyakit ini diasingkan dari dunia luar...maka sedikit kegusaran dihati lah..yelah, kita tau kan, penyakit ni agak bahaya dan berjangkit..memang macam2 gambaran bermain di kepala dek kerana ketakutan itu..
oleh itu, aku pun buat la sedikit pembacaan di google2..untuk meneliti site yang lebih positif..hehe..biasalah tu :p ..lepas google2 tu, aku dapat la sedikit gambaran mengenai penyakit ni dan keadaan tempat yang bakal aku lawati tu..daripada perasaan takut tu, terus tukar perasaan excited..hee..boleh..sebab tempat ni agak menarik jugak la..plus, die menjadi antara warisan negara..hmm
tau tak..Sg Buloh merupakan pusat penempatan pesakit kusta atau Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang terbesar di tanah jajahan British sejak penubuhannya pada tahun 1926, dan yang kedua besarnya di dunia. Pusat ini dilengkapi kemudahan asas yang terancang berdasarkan 'garden city', yang merupakan projek 'pioneer' bagi memulihkan pesakit kusta dan melatih mereka berdikari...PKKN ini merupakan warisan sejarah negara. Meskipun pembangunan akan dilaksanakan, pihak Kementerian akan berusaha sedaya mungkin mengekalkan keunikan pusat ini kerana Pusat Kawalan Kusta Negara Malaysia di sini merupakan satu-satunya Pusat Kawalan Kusta di rantau ini.[google]
errmm..sebenarnye aku da tulis baikk punye cite pasal ni semalam..tapi bile aku nak publish..die hilang..huhu..so now, aku dah xde idea..tapi oleh kerana aku sempat save sikit ni je..aku teruskan jugak la..serius aku writer block..dah la tengah banyak mende lam otak sekarang ni..grrrr...
tengok gamba dulu lah...
Bersama staff yang terlibat menjayakan lawatan ini..bos telah memberi sedikit sumbangan kepada pesakit-pesakit yang tiggal di wad sahaja.
Diberitahu, ada seramai 200 lebeh penghuni pusat ni..yang mana 100 lebih tinggal di dalam wad, dan selebihnya tinggal di rumah-rumah yang dibina di dalam kawasan PKKN tersebut. Sebenarnya mereka yang berada di sini sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit kusta dan sudah boleh pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat, tetapi kerana penerimaan masyarakat dan diri pesakit yang merasa inferior, maka mereka terus kekal di sini sehingga akhir hayat mereka.
Pesakit yang berada dalam wad tu sebab mereka dah terlalu uzur dan ade juga hilang keupayaan fizikal yang menyebabkan mereka tak boleh tinggal berdikari dan memerlukan penjagaan rapi. kesian kan..memang aku pun agak sebak juga bila tengok keadaan mereka ni. mereka terdiri dari berbagai bangsa dan tinggal bersama-sama sejak sekian lamanye. Ade tu sejak remaja lagi dah dimasukkan ke sini..dan sekarang umur dalam 50-an..lama kan..
ok lah, after all, aktiviti ni memang baik. yelah, selain dapat buat aktiviti luar sebab bosan asyik duduk office je kan, dapat la jugak pengajaran yang baik dan dapat membuat kerja amal..hee..lagipun aku memang dah lama teringin nak wat keje amal camni..Bos cakap nanti akan ada lagi aktiviti CSR ni..tapi tak tau la kat mana pulak kan..
Ok lah..aku tamat kan entry di sini..fuhhhh, clear sikit otak..sebab dapat selesaikan ape yang aku da mulakan semalam..hahaha..punye la pemaleh nye..lalala..buhbye..