Sunday, March 29, 2009

makan lagiiiiiii...!!!

teke aku nak g mane...



waaa..suke nye dieee..!!

''


''



''


''


''


''


'''



mmg la die suke kan..dpt jumpe bf..hahaha...actually aku g kenduri kawen adik kepada razaq iaitu bf kepada si elly..hehe..mkn lagiiii..smlm pn aku g mkn kenduri jugak..adei..naik la berat aku lagikkk...anyway, thanks for invited ;p




jeng jeng jeng...ko bile lagi eli n ajaq ;p

Thursday, March 26, 2009

frustkah?

Hari ni adalah hari yg agak frust tuk aku..sedih, kecewa, rasa dipinggirkan, semua pun ade la..huhu..biarlah..masih banyak lagi peluang tuk aku kot..ape yg aku buat, dan akan buat semua dah ditentukan oleh Nya..I hope there will be better place for me..end..

Tuesday, March 24, 2009

Mencari Kerja..

tgk tajuk di atas nun...saspen je..aku nak amek kesempatan sket la sementelah da ade blog ni kan..nak wat promosi diri sendiri..hiks..

aku dgn ini nak mengishtiharkan, aku nak cari kerja baru..huhu..kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat tentang sebarang jawatan kosong yang berkenaan, sila la tinggal kan link or address or email untuk aku anta resume..

tujuan aku mencari kerja baru ini adalah kerana, tempat kerja aku sekarang diancam sindrom kegawatan ekonomi dimana mengurangkan pekerja menjadi solution pilihan mereka..atas arahan org atasan juga..hukhuk..syg sungguh..tp apakan daya, hidup perlu diteruskan juga..

disini aku list kan ape jenis pekerjaan yg telah aku buat selama ni..

1.

Position Title : Project Engineer

Position Level : Junior Executive

Specialization : Engineering - Oil/Gas

Industry : Manufacturing / Production

Duration : Apr 2007 - Present

Work Description:

preparing schedule and reports for project accomplishment, provide General Arrangement Drawing and production drawing, controlling document or filing, and ext.

2.

Position Title : Design Engineer

Position Level : Junior Executive

Specialization : Engineering - Oil/Gas

Industry : Manufacturing / Production

Duration : Dec 2006 – April 2007

Responsibilities:

Design & Prepare drawing for Boiler according to customers spec.


Position Title : Sales Engineer

Position Level : Fresh/Entry Level

Specialization : Engineering - Mechanical/Automotive

Industry : Computer / Information Technology (Software)

Duration : Feb 2006 - Sep 2006

RESPONSIBILITIES:

Responsibility for the sales process from initial point of contact (lead generation), presentations, through contract negotiations and execution. Meet/exceed minimum quarterly and annual sales objectives.

so, mayb after this aku nak try line sales, or purchasing or procurement..mainly in oil n gas industries..or mayb nak try industry lain pn ok gak..no limits..as long as it is kerja yg mendatangkan hasil..hehe..

ok la..tu saje tuk hari ni..aku kene usaha lg ni..actually blm betul2 istihar buang keje ni..just for preparation..org kate, sediakan payung sblm ujan..huhu..ok chow..

Sunday, March 22, 2009

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


sumber: http://koleksicinta.com/orang-yang-mencintai-kamu


jln2 di hari ahad :D

Teke kita kat ne..hehe...gamba ni diambil semasa berjalan2 ke bukit tinggi...yes, at last dapat pn pegi tempat ni..setelah sekian lama beria2 nak pegi kan...besnye..pegi lak ngan si dia kan..walopun kitorg bukanla kategori romantik..tp lebey kepada komedi..apadaaa..layan kan aje..

malangnya gamba yg diambil ni sgt la sikit..kat situ je pn..sbb guna camera phone je..nyesal lak xbwk kamera..xexpect pn nak g sinun..tp seb baik ade satu kan..kenangan la..dari xdo lansung..ari ni adalah best....walaupun..huhu...tp still ley dicatat lam diary la antara best moment ..ade tiket ag..ley lekat2 ;p ..

oo..for your info, nak masuk ke bukit tinggi ni, kite dikenakan charge rm10 setiap dewasa..kanak2 rm5 kot..so kat atas nun ade la taman2 seperti botanic garden, japanese garden, colmar ape ntah name..yg background gamba aku ni ha..yg menarik, colmar ni kalau kite jln dlm die mcm ada suasana berjalan di kaki lima di paris kot..haha..boley le kan..nice view..but not much activity..just santai2 je la...dgn udara yg nyaman gitu..

ok tu saje..cerita hari ini menjadi sejarah sudah..kite teruskan hidup kite keperingkat seterusnya..heh..daa..ngantuk nyer...

Friday, March 20, 2009

Akademi FAntasia

mcm poyo je kan..tp, korg layan x cite ni..hehe..sape feverit korg ek..
aku nak cite ni bkn feverit nye la..tp yg annoying nye..eee..xsuke la tgk ariel tu..poyo gle..heh..mcm nak tampar2 je die mase time dorg gado2 kat diari tu..lebey2 lak die kan..org lain yg gado, die lak over...hiks..k la tu je..saje je ni..tgh boring2..btw, aku xberape layan la cite ni..mak aku je yg suke sgt..aku pun....layannn ;p

Sunday, March 15, 2009

jawab tag je ler..xdo idea..

100 truths, tag 10 people to do the same.

Last beverage → air kosong..ley ke
Last phone call → nangbotinangkuipetikui
Last text message → sapo laie ;p

Last song you listened to → tajuk xtau..tp ade ayat "kau adalah darahku, kau adalah jantungku...bla3..sempurna..." ..hehe
Last time you cried → icried alot


HAVE YOU EVER:
Dated someone twice → ade..mase tu die da turun kete nak balik..pastu die call, then suh aku dtg balik..amek die..hehe..boley kira 2 kali date ke tu..

Been cheated → penah...sapid adalah org yg suke tipu aku..hiks
Kissed someone & regretted it → no..
Lost someone special→ yup..lost that will never see her again..huhu..my nenek lor..


IN THE PAST MONTH HAVE YOU:
Fallen out of love → ape tuh..fallen out oflove? meaning..?
Laughed until you cried → ntah..xperasan lak...
Met someone who changed your life → xde la plak..
Found out someone was talking about you → nop...
How many people on your top friends do you know in real life? → top fren? yg mane..kalo lam frenster, sume aku kenal..hee
How many kids do you want to have → 2 kot..depend la kepada keadaan..hehe..
How Do u have any pets → xdo
Do you want to change your name → my name is quite unique...so, no need lor
What time did you wake up today → 8 lebey..tp baring2..msg2..so, betul2 bgn kul 11..
What were you doing at midnight last night → tido sudah...xtahan la..ngantuk giler..balik dari penang one day trip..hee..
Name something you cannot wait for → to dated with him again after 3weeks..huhu..rindu bangat..
Last time you saw your father→ sejam lepas...
What's one thing you wish you could change --> xnak belajar engineering n xnak keje cm skrg ni...susah la..
Have you ever talked to a person named Tom --> Tom Welling kah?...

What's getting on your nerves right now --> kene pujuk diri sendiri..huhu..
What's your real name → Noorsahila abdullah
Elementary/Primary School → SRK (2) selayang baru
Middle/Secondary School --> SMK Selayang baru 1 & Sek Men Keb Puteri Ampang (Ampang girl)
Hair color → Black n now jadi blonde..disini nyesal..
Long or short → short...mcm misha omar..
Are you a health freak → sometimes..
Righty or lefty → righty person

FIRSTS :
First surgery → not yet
First piercing → kat kg baru sekali ngan eli nenek yg bwk..kat pasar chokit kot...
First best friend → siti norbaya...my bestfren mase sekolah rendah..tp sekrg da lost contact..mane ntah die..
First sport you joined → badminton kot..
First pet → kucing..tu pun eli yg punye..haha
First vacation → tak ingat la..either langkawi or melaka..naik bas rombongan abah nye opis..mase tu org susah, nak g vacation2 ni cm payah la kan, kamera pn pinjam org punye..hee

CURRENTLY :
Eating →baru lepas mkn bihun sup mak yg marvellous...
Drinking → air kosong sudah le....
Waiting → msg reply from him

YOUR FUTURE :
Want kids? → one day...baru mimpi dpt baby semalam..haha..tetibe je
Want to get married?→ ntah le...kalo ade jodoh nak la kan..
Careers in mind? → beautician..haha

HAVE YOU EVER :
Kissed a stranger → nop
Lost glasses/contacts → i forget where i put my glasses..
Ran away from home → tak penah..huhu..
Broken someone's heart → tak tau la kalo tanpa disedari kan..maafkan saya penunggu gua..ade ke ek..
Been arrested → nop
Cried when someone died → yup..sekali mase nenek meninggal..rindu kat nenek kg baru..

DO YOU BELIEVE IN:
Yourself → always
Miracles → yes
Love at first sight → sgt percaya..it does happen to me..pandang sekali je..tetibe dtg chemistry..aku xcaye kalau love yg cara lain..hee
Heaven → memang ler..
Santa Claus → ape itu..dongengan sahaja
Kiss on the first date→ tak..
Angels → angle is malaikat kan..tu perkara wajib percaya ok..

ANSWER TRUTHFULLY :
Is there one person you want to be with right now? → ade..tp xtau la if he think the same..hmm..
had more than one boyfriend/girlfriend at one time?
→ x pernah buat ni..dan xsuka kalau ade org buat cmtu kat aku..
Do you believe in God? → absoluta mente Si..

Tag 10 peoples:
kawan2 ku, aishah, lin, ann, dan sesiape yang tidak pernah buat tag ni, marilah meramaikan lagi..yo o o..hee

Monday, March 9, 2009

spa day..

akhirnya hasrat aku nak ke spa tercapai ;D ..hari ni aku telah menjalani tretmen di spa Cinta Sari
rupa2 nye bes jugak eh g spa ni..selama ni berangan je nak g..yela kan, kos die n time pun cm agak kureng gitu..heh..

here is the map to the spa Cinta Sari..





to know more, click je la kat website link tu eh..okey, die punya treatment mmg best, all the workers, very friendly..and i think the price is affordable jugak..sometimes die ada buat promotion..just tanye je kat kaunter tu..hee..actually pun td aku walk in je kat situ, x buat appointment pun..mula2 die kate full, but then tetiba ade customer cancel for last minutes..so, aku pun try la..besstt sgt..ade la dlm 3 jam aku duk lam tu..

environment die mmg nice..with baliness concept, mcm rase kat bali la..haha..poyo je..pastu ape eh..ahh korang g je la try..hee..sbnanye aku mmg minat gler ngan mende2 tuk kecantikan ni..especially bab2 treatment la..aku pun xtau nape..huhu..mental sungguh la kawe ;p

Sunday, March 8, 2009

u had me at hello...

aku sgt suka la cite jerry mcquire tu..dah tgk bnyk2 kali pn still rasa nak tgk lagi..sooo sweettt..pastu lagu secret garden tu asik2 kuar lam otak je..hiks...

Saturday, March 7, 2009

buang orang..

wohoo..aku dgr2 opis aku nak reduce pekerja la..huhu..takutnye..camne kalau aku yg terpilih..ape aku nak buat lepas ni..adakah aku nak teruskan kerjaya sbg engineer..penin jugak ni nak pk2..harap2 xde la jadi camtu kan..i still love my job..doa2kan la ek..takut jadi mcm cite akademi fantasia je..bwk balik barang sbb terkeluar sbb xde org undi..huhu...makin lame makin teruk keadaan ekonomi ni..bersyukurlah sape2 yg da ade keje tetap tu..walaupun xberpuas hati, at least x de la affected sgt ngan kadaan cmni..ni lah bahananye kerja swasta..yup, mmg boley naik senang kan gaji pn bnyk...tp..hmm..risky jugak la..especially time like this..tu pendapat aku la..kalau korang ade pendapat lain, ape lagi jom la kongsi2 cerita ;D


p/s: aku apply keje gomen, xde ke nak panggil aku intebiu ni..huhu..

Wednesday, March 4, 2009

Langkah Menangani Stress

ni copy artikel dari http://pusatislam.eng.usm.my/



Langkah Menangani Stress
PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Ustaz Muhammad Latiffi Mahadzir
Monday, 24 September 2007


Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti - aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi ini akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis

Menangis dengan sepenuh hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah - olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama - sama rakan - rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai Kebolehan Diri Sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


Monday, March 2, 2009

aku dulu dan kini..the secret been broken ;p

tetibe aku rase nak cite pasal aku mase zaman muda2 dulu...ini kerana, siang tadi aku nye officemate sebuk nak tgk gamba aku yg sblm skrg ni..

ni semua gara2 dorg bercerita pasal diet, kurus, n all that la kan..pempuan..biaser la..heh..so, aku sbg org yg berpengalaman, bukak la cerita..tp tu da lame dah..xde la aku keep cerita bende yg same tu kan..tp dorg ingat je..pastu, boley dorg sampai2 kan lak kat org lain..huhu..dan2 aku kene la bukak balik gamba aku yg tinggal 3kerat je lam frenster..bile aku tgk lam frenster tu..mcm..eh, tinggal ni je ke gamba..mcm aku lupa daratan je..hiks..

so, ari ni aku cam nak update la gamba2 ni to share wit kwn2 kat sini..hehe..poyo je kan..jom layan gambo..


ni gamba mase aku berumur 1thn..comey je..hiks..actually, aku ni mmg dr kecik la tembam..xtau la nape..genetik kot..aku ingat lagi mase baru nak masuk sekolah tadika kat selayang dulu, tau x, oleh kerana aku ni besa dr yg lain2 tu kan, sampai uniform pun aku xley beli tau..siap cikgu dtg umah nak ukur aku n custom made tuk aku la kan..so few weeks tu aku pakai baju lain dr kawan2 la..tp time tu, aku kecik ag.mane nak rase ape2 kan..

pastu, sampai la sekolah menengah dan seterusnya msk university..camtu jugak la..xdo nak kurus2 cam org lain..zaman remaja aku tuk bergaya2 tu mmg xdo la..tgk je kawan2 aku gaya2..yela, selalu kan mase umur belasan thn tu la nak try bebagai fesyen kan, mesti nak melawa je koje nye...heh..

and ade gak la satu mase tu, time kat uniten la kan, time tu, baru je dapat loan ..so, of corse la segedebuk duitnye..time belaja adelah kaya ok..xpayah buat ape keje tp dpt duit..hehe..so, nak dijadikan cerita, time tu sibuk la membe2 aku bershoping selua jeans levis..hehe..ntah, taufan ape yg melanda, sume org dok gila jeans brand tu tau..n yup, mmg la lawa..huhu..tp aku hanye memandang sepi je..ceh..mase dorg shoping2 tu, aku belek2 je la..ye la kan, mane ade jeans levis pmpuan yg saiz die 36..ke ade ek..ontah la..tp yg pasti, aku mmg xpakai la..sbb time tu aku mmg kalo shoping baju2 ni mood xde sgt..sbb mase dulu2 kan susah nak cari baju besa2 n lawa n nmpk ranggi bukan cm mak2 kan..skrg cam dah senang je..hmm..tp cite selua levis mmg memberi kesan la kat aku..haha..nape ntah..


mmg pun mase dulu, aku da ckp lam ati, time nak keje nnt aku nak kurus ..so, ade sekali tu, kawan aku penah tanye, ni bekenaan sua levis gak la..hehe..die ckp "shiela, ko xnak ke beli sua tu" ..then aku ckp.."aku akan beli jugak, tp mase aku kurus.." attitude dowh..owh..dulu aku mmg cam boyish sket..so, dr segi luarannye, aku seorg yg dingin n cool..xsuke nak tunjuk aku lemah..hee..contohnye kan, ade la membe aku sorg ni, selalu mcm ejek2..tp bukan secara keji la..gurau2 je..n one day die tanye "shiela, ko xkesah ke aku selalu ckp sekian2 ni kat ko".." aku selambe jawab, " x, dah mmg aku gemuk nak wat cmne"..cool x..tp lam ati, geram la jugak kan..tp oleh kerana kawan, aku layankan aje..tp sempat la aku kenekan die balik..die penah tanye "ko rase aku lawa x" n spontaneously aku jawab "x" then she said "nape" ..aku jawab, "sbb gigi ko camni3"...haha..aku rase die xbace kot ni ;p..hiks..jgn marah..but, mmg camtu la aku..

pastu kan, aku paling xsuke kalo naik kereta ramai2..nak tau nape, sbb kalo ramai2 tu, of corse la sape paling besa duk depan..huhu...n time tu aku rase aku mcm tersisih je..mmg la bes xyah berimpit2 kan..tp still, sbb aku BESAR aku kene duk depan..n bnyk la kesah pasal duk depan ni yg aku pendam...now, not anymore ok..

eh, perasan x..kebnyakan cerita aku time belaja university..heh..oo..mase aku sekolah menengah dulu aku x berkawan sgt..sbb aku pindah sekolah time form 4 and aku ni cam kera sumbang la, xreti nak bercampur ngan kwn2 baru..it takes time la to make fren bg aku..thats old days la..now, aku more frenly..mayb dulu, sbb aku nye fizikal jugak kot aku malu2 sket..heh..padahal xde pape pun..

tp, mase belaja kat uniten, baru la aku buat kawan..yela, sume pun org baru lg, senang sket..sbb most of them pun masih tercari2 kawan kan..tp thank god..aku jumpe kawan2 yg best..walopun ade time2 tu a bit uneasy ..but thats is nature ;D


so, korang nak tau tak, ape yg membuat kan aku nekad nak kurus..hehe..ko tgk gamba kat atas ni..ini lah gamba yg memberi kesedaran paling maksima kat aku..man, this is the biggest that i can achieve la..mase ni berat aku 86kg kot..n saiz selua aku adelah 38..but still maintain cute..aku rase mase ni mayb dlm thn 2003/2004 kot..


daripada situ, baru la aku mula2 berdiet..antaranye jugak adelah pengaruh siti aisyah yg dulu mmg gile la dietnye..boley mkn roti je hari2..aku xde la follow cmtu, sbb aku suka makan n time tu aku duk umah, x join dorg duk hostel..n my family, sgt suka mkn2..pastu dorg xkasi dorongan n support lak tu..siap ckp, ko makan la selagi boley mkn ni..nnt da tua xley da..huhu..tension ok..aku selalu gado ngan bapak aku pasal ni..die xsuke org kurus..

pastu, geng aku ade join kick boxing..kejap je la..tp, still baka kalori..n follow aishah joging keliling tasik..tp aku xtekeja la..sbb die lari non stop...n aku, just jln je..haha..wa salute lu aisha ;p..besnye zaman dulu2 kan..

tp, mmg la..diet aku is not too stress..sume org boley ikut kot..mule2 kalo mkn nasik tu, mkn separuh je..mlm xyah la mkn..mayb amek mihun sup ke or tomyam ke kan..n dulu aku x mkn daging n ayam..mkn sayur je bnyk2..tuk sementara je..hehe..pastu aku menten cmtu lame2 makin kurang la berat aku..n semestinya bukan jangka masa yg pendek..aku berdiet dlm tempoh 3 thn kot..n sampai skrg pun aku menten2 kan jugak..huhu..tp skrg aku da berani la sket2 langgar pantang..hee..sbb aku workout pulak kan..dan aku juga cuba tuk mkn mlm sblm kul 7..kalo da telepas tu, aku xmakan la..tp i cant help it kalo time mak aku msk sodap2..mmg aku mkn, tp amek suku je..cm tuk merasa2 je..at least xde la teliur sgt..kan3..ikut keselesaan..yg penting dont give up..tu je rahsia die..org ckp, kalo kite tahan2 mkn, at the end, kite akan mkn lg bnyk..n aku mmg same sekali xmkn ape2 ubat tau..takut kene kesan lg gemuk melampau ke lepas tu..huhu...

tp dlm thn lepas ade gak aku try satu butique slimming ni..kat unisense ampang...tp kesan tu xnmpak sgt..n cost die sgt la mahal..smpai skrg aku xabih bayar lg tau..tp treatmen da abis..huhu..di sini menyesal..

owh, nak tgk lg ke gamba aku skrg..hehe..


ni la aku..haha..poyo je..xtau apsal aku suke buat gaya peace ni..lantak la..and u know what, aku juga berjaya memiliki selua levis perempuan seperti yg aku janjikan dulu..tp oleh kerana zaman tu da belalu, maka aku ade satu helai je selua brand tu..heh..at least merasa la kan..dan aku berjaya achieve tuk jd kurus bile masuk keje..dan mmg aku rase penampilan adelah penting jugak tuk mencari kerja..huhu..yela, dasar double standard kan..wat to do..kene la ikut..hmm..

aku selalu terpikir tau..kalau la aku kurus dari dulu2 time belaja tu kan, mesti aku da ade bf kan..pastu mesti aku cm da kawen skrg ni..yela, org2 yg ade bf sejak zaman belaja kan selalu kawen cepat..itu pemikiran aku je..xde kene mengene ngan idup atau mati..hehe..aku adalah seorg yg emosi skrg ni..namun bersyukurla kan ngan apo yg aku ado..


sekian, THE END..

p/s: jgn ade sape2 tanye aku lg cmne aku ley kurus..hehe..aku da kasi sume tips..iaitu; nekad; tabah; sabar; dont give up; do it your own way..tu sahaja :D

Sunday, March 1, 2009

ape kata kamu..

ape korg rase kalo bf/husben or gf/wife korg kua ngan org lain (berdua & lain jantina & bkn urusan keje just for lepak2)..tp lps tu die bg tau korg la yg org tu kawan2 je..kecik ati x..tp die xbagi tau sblm tu, bile kite tanye baru nak bagi tau..boley ke ek..

tp kalo xbg tau lansung, lagi kite rase kecik ati kan..kalo bg tau tu, kire die jujur..cume..hmm.sendiri mau ingat la..mesti ramai org pun penah mengalami situasi begini..hehe..so, let share ur thought..ok, see ya ;D
Daisypath Anniversary tickers