Thursday, August 15, 2019

MY LITTLE APARTMENT RENOVATION

notice: long entry 

Hi, Assalamualaikum..

Bersiaran lagi aku untuk tahun 2019 ni yer..hihi..macam biasa, gaya penulisan mungkin masih sama. menunjukkan aku tak berapa nak matang lagi kot..haha..mesti nak ada hihi haha hoho..yeah, whatever..

Ok lah, aku update ni bukan ape..saja nak menulis tentang aku punya project renovation apartment aku kat KL..ingat tak dulu aku pernah cerita aku beli rumah pertama..haa tahun lepas dah pun dapat kunci rumah tu..eh lepas aku tgk balik entry lepas..aku hanya cerita dalam entry summary 2014..hihi..

gambar masa tengok2 rumah thn 2014
Nak di jadikan cerita..sekitar Jun 2018 baru lah kunci rumah ni dapat. maka aku pun mula lah plan itu ini untuk make over rumah ni..tapiiii, aku tak duduk pun weh rumah ni..just saja2 nak lepas gian nak wat deko2 rumah. Almaklumlah, aku sekarang menumpang rumah mentua je. nak deko rumah mentua tu amatlah tidak sesuai..hihi..umah orang ko nak buat macam rumah sendiri ek..manyakk cantikk..lol

jom kita tengok..macam mana rumah aku ni sebenarnya..

 

ni adalah rupa asal hall rumah aku..

Rumah ni bukak dia hanya 900ft sq. biasa lah rumah apartment kan. tapi full facility jugak lah..ada gym, swimming pool, playground, parking lot 1 or 2 kalau pembeli ada beli tambahan parking lot. aku hanya ambik 1 je la..mahal nak tambah2..huhu..

lupa lak..ni rumah skim rumawip tau. yang harga 300k seunit. aku beli yang pandanmas2 punya. overall puas ati la kot. walaupun ada beberapa isu kat sana. aku beli rumah ni untuk future investment sebenarnya. so buat masa ni bagi sewa je la..mana tau sok sok anak2 dah besar, dorang belajar kat KL ke, boleh la duduk situ kan.

ok, back to my renovation project..the fun part is, aku telah melantik adik aku si Elly jadi Project Engineer, dan mak aku project Manager..hahahahhaa..siap bukak group project renovation rumah shiela lagik..tapi kitorg 3 orang je la member group nih..

mak and adik aku punya tension je dengar arahan2 dari aku..start dari vision macam mana aku nak rumah tu..sampai lah proses melantik kontractor, dan beli2 barang semua..Terbaik lah mak aku ngan Elly melayan. aku ni bukan ape..duduk jauh dan jarang pulak nak balik KL.

jadi sepanjang renovation, aku hanya balik masa nak sign lantik contractor, dan masa check defect camtu...senang kan kerja aku..aku hanya sediakan budget, bagi spec. itu ini..dan walla..siapp

kerja2 aku dimulakan dengan design layout macam mana aku nak susun atur barang2 dan ape barang yang aku perlukan. semua tu agak detail aku plan, siap draw layout dalam autocad ko. nasib baik dalam chat group pandanmas tu ada share dimension. so senang aku draw balik..

Layout rumah

Basically, ni la plan yang aku draw tu and susun atur barang2 yang sepatutnya akan di arrangekan eli and emak..haha..aku hanya beli je. balik KL sepanjang renovation ni masa nak deside kitchen kabinet dan beli barang2..pastu lepas siap, nak check defect..dan aku sempat stay 1 malam kat apartment aku ni..fuhh..sedih nak tinggalkan rumah kepada penyewa.

oo aku lupa nak share..rumah aku ni tingkat 35, menghadap KLCC. sangat cantik view dia tau..untung sape yang menyewa tu. serius. aku sayang betul umah ni. tapi nak wat camne, kene duduk JB..hihi..mcm banyak kali lak ulang aku duk JB kan kan..macam tak ikhlas jek..lol

the view

okay, sebenarnya tak tau nak cerita ape..sebab aku peram entry ni lama giler..baru hari ni ada masa nak sambung. jadi aku tepek gambar2 je la. lepas renovation haritu. lama jugak dah siapnya sebenarnya..dalam hujung bulan oktober 2018 siap, dari tarikh dapat kunci bulan Jun kan. November tu dah ada penyewa. Alhamdulillah. dapat sewakan higher rate..ngehh..kenalan mak abah jugak. jadi ok la, dorang jaga rumah. takut jugak kan nak bagi penyewa sembarang2 ni.

so, jom tengok gambar. aku ada update kat IG sebenarnya. lambat nak update sini je. tapi nak jugak update kat blog sebab saje kenangan nak simpan. senang nak tengok balik..


 hall sebelum letak barang.. nak cerita hall ni, aku letak syarat, tak kisah macam mana harga dia asal aku dapat tiang seri tu..boleh. asalnya aku ternampak dalam group chat apartment ni. someone share dia reno rumah dia camni. terus aku jatuh cinta. hasilnya memang wallah laa..nampak mahal ko..lain sikit rumah tu rupanye.


    
bilik2 lepas letak barang. bilik2 ni aku letak basic perabot je..almari dan katil. pastu buat plater ceiling. kasi nampak cantik sikit lah. hee.. 

  

hall lepas susun atur barang2..see barang2 aku beli tu sebijik2 aku ikut layout yang aku plan tu. susun atur semua. wahh, puas ati betul..curtain pun aku siap customize satu rumah. ok lah harga dia..mampu milik jugak.


dapur (wet and dry). yang kat wet kitchen ni sebenarnya balkoni dapur. tapi oleh kerana dapur agak kecil, aku extend lah jadi wet kitchen. tempat2 masak kat belakang tu. nice la jugak. nampak kemas. 
Alhamdullah jugak, sempat siap ontime. dan dapat aku merasa stay 1 night kat situ. bukan ape..dah beli2 kan, mesti lah nak rasmikan..hihi..tengok, lengkap tau..siap ade accessories lagi macam curtain, karpet, siap ade frame cermin and ayat quran..hahha..best kan dapat sewa rumah fully furnish camni. citarasa moden pulak tu..punya aku nak lepas gian deko2..berhabis jugak aku tahun lepas. tahun ni pun tak recover lagi financially. 

Aku punya budget sebenarnye 30k je..sekali haa ko..burst..tapi takpe lah..duit boleh cari lagi. kepuasan berbelanja tu yang kita nak..haha..boleh lak camtu

kat bawah ni aku share budget berapa aku perabis...perabot aku beli kat perabot cempaka jek. so tak mahal sangat. aku rasa boleh buat panduan jugak untuk orang yang baru nak pindah rumah tu..ni khas untuk apartment baru siap. dan lengkap satu rumah barang2 tu..
total damage



overall puas hati lah dengan renovation ni. berbaloi2 dengan sewa yang aku dapat since then. sebab dapat cover aku punya monthly payment dekat bank dan monthly maintenance fees. macam aku tak payah bayar ape2 dah untuk apartment ni. gituu..

aku suka lah deko2 rumah ni. aritu syafiq pindah rumah pun aku sebuk2 suruh dia beli itu ini tuk umah dia..hahaha..kalau bagi aku sejuta pun tak cukup wehhh.. sebab tu aku cakap, aku ni agak high maintenance kot. haha

ok lah thats all for now, maybe this the only entry untuk this year. buhbye. till then see u later my blog..











Daisypath Anniversary tickers