Tuesday, November 8, 2016

Tiba tiba ku jatuh cinta dengan SHAKLEE

Kalau korang ade follow facebook or instagram aku, mesti korang perasan..aku punya timeline sekarang penuh dengan kempen je..haha..

ada kempen Leptos lah..Kempen Shaklee lah..haishh..ye la kan sejak dua menjak ni, aku tengok ramai betul mula start berbisnes. aku pun terjebak lah jugak. tapi bukan sebarang bisnes beb..

aku tak tau kenapa aku lebih interested nak jual produk produk kesihatan ni. bagi aku macam menarik dan adventure pulak. yelah kan, selain menjual, aku juga kene lebih memahami satu satu produk tu untuk apa, macam mana nak guna, macam macam lah..suka pulak aku.

jadi, berbalik kepada tajuk, yes..tiba2 aku terjatuh cinta pulak dengan SHAKLEE ni. bukan apa, aku pun memang dah lama consume shaklee ni, tapi untuk diri sendiri je lah...semuanya start masa aku lepas melahirkan Sakinah..

Rasanya aku tak penah tulis lah journey breastfeed aku kat sini dulu..ahh ruginyaa..

takpe lah, pendekkan cerita, aku ada ambik supplement Shaklee iaitu ESP, Alfalfa + Lecithin masa aku breasfeed sakinah..tujuannya, aku nak banyakkan susu aku yang tak berapa nak banyak tu..memang berjaya...aku dapat lah menyusu sakinah sampai 2 tahun walaupun die tak fully bf..

plus, kombinasi alfalfa+lecithin tu jugak berjaya menurunkan berat badan aku yang naik mendadak masa mengandung tu..time tu lepas s
etahun lebih aku dapat turunkan ke 58kg camtu..yang mana sebelum aku mengandung kali ke dua aku berjaya pakai balik seluar jeans masa aku anak dara..hihi

Now, untuk anak kedua pun aku repeat ambik esp+alfalfa+lecithin...sehingga ar rayyan sekarang dah setahun..haa, kali ni aku fully bf setahun, tapi sekarang da campur lah..sebab ntah mak mentua ngan kak rahmah bizi kat rumah..leceh untuk diorang nak panas2 susu bagai..tapi still bagi la yang aku dah pump hari2..stock pun ade je kat fridge tu..

so, macam mana aku terjebak untuk menjadi independent distributor?..

ahhh..nanti aku sambung lagi ye..now nak balik sudah..




No comments:

Daisypath Anniversary tickers