Wednesday, September 22, 2010

perang saraf..the wake up call

Melihat kepada perkembangan sosial di negara ini, sudah cukup membuatkan aku rasa takut..especially golongan muda mudi lah..generasi pelapis negara..dan to be spesific, org melayu dan lebeh terperici lagi aku tujukan kepada org Islam..huhu..sangat takut..sangat sangat takut tak semua..mungkin segelintir..tapi sudah cukup membimbangkan hati..

daripada pemerhatian aku la kan..ade sesetengah muda mudi ni begitu asyik dengan hiburan dan mudah terikut2 dengan budaya barat atau dalam istilah gaya hidup urban/moden/whatever lah..banyak jugak gamba2 yang kurang sopan yang terang2 kita tau die org Islam tapi cara hidup die mengelirukan atau tak ubah seperti org bukan Islam..dan tanpa segan silu seperti membenarkan cara hidup seperti itu..mementingkan keseronokan semata2..

tahukah diorang yang sebenarnye semua tu tak cool lansung..i mean, where is your identity..mengikut2 kebaratan membuta tuli..don't you know, ni semua adalah salah satu tektik org bukan Islam (kafir) untuk melemahkan muslim..kepada org melayu yang selalu dicanang2kan penuh ciri2 ketimuran, kesopanan..tapi semua tu macam dah takde je..tgk saja lah cara berpakaian yang menjolok mata..yang mungkin pada si pemakai tu, sesuatu yang membanggakan sebab mayb dorg ade aset or whatever kan..tapi..still tu dah menyimpang dari kesopanan kita..bukan lah nak cakap pandai..kadang2 mereka ni berpengetahuan agama yang kuat..cuma tidak dipraktikkan dengan alasan, masih muda..nak enjoy dulu nnt dah tua baru nak berubah..but, what if they dont reach that age..the age yang dorg rasa baru nak stat berubah tu..cuba bayangkan ajal mereka tiba dikala mereka sedang berhibur dan sedang asyik bermaksiat..huhu..harap2 tidak lah..tapi zaman2 penghujung camni, mcm2 boleh jadi..do u get my point here?..

actually aku pun bukan lah pandai sgt..dan sebagai manusia kite mmg tak lepas dari membuat silap..dan dari kesilapan kita dapat belajar seterusnya perbaiki diri menjadi seorg yang lebih baik...begitu lah harapan kepada semua muda mudi ni...one day they'll woke up dan akan merasa diri mereka kosong..selama yang dilakukan ni nothing..meaningless..dan akhirnya pengisian dengan iman adalah lebih bermakna..ingat lah wahai kawan2 sebelum terlambat..kita perlu bangkit..Islam sekarang semakin dicemuh..dihina..dan ape yang kita lakukan?..tak banyak pun..ade lah sekadar klik 'like' satu2 page menentang penindasan cmtu kat facebook..aku pun tak terkecuali..tapi, ape contribution kita sebenarnya..pls pls pls..be alert..drugs, alchohol, random sex, clubs..is just weaken the muslim..not fun at all..its scary..its just a stategi untuk melalaikan kita..org2 kafir hanya mengetawakan kita sbb kita tak ubah mcm dorg jugak..tapi, sibuk bercakap pasal Islam..mana dorg tak pertikaikan?..minda kita, budaya kita, hati kita..semua ni dah di jajah...jangan la kite jadi org2 *fasiq..

one more thing..aku benci kalau ade kdg2 interview ngan artis2 ke kan..dan knkdg ade teguran yang baik untuk dorg especially mcm stail dorg ke, or cara pembawakan diri dorg ke yang kurang disenangi..tapi dorg ske cakap "saya tak nak hipokrit..itu lah diri saya yang sebenar" ..penah sekali tu, mmg terang2 seorg artis season yg baru balik dari tanah sucu, ditegur oleh audience pasal isu cmni lah..pastu dorg boleh pulak bertepuk tangan menandakan bersetuju dgn ape die jawab tu..oh my god..somethings wrong there...com'on ape salahnye berubah..bukankah itu sesuatu yang baik?..dan seterusnya menjadi contoh kepada yang lain..well, nothing to loose lah..generasi hari ini adalah bayangan generasi akan datang..

jgn kate saya terlalu jumud..mungkin ini lah juga akibatnya jika kita terlalu open..xde yg amek kesah..sampai kite terlupa..huhu..susahnyee aku nak cite..x reti lah..isk2..tp kesimpulan die aku kurang senang dan takut..dan rasa mcm perlu jugak nak tego..ni semua gara2 terlalu bnyk sgt spend time kat fb..aku tgk budak2 ni la..gamba2 dorg, even komen2 antara kawan2 yg tak segan2 dan secara open tanpa batasan..cmtu la..korg paham2 je la maksud tu ek..ngee..

sekadar info:

Orang fasik adalah orang mukmin atau orang muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Firman Allah:
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” [QS Al Baqarah:27]

“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu serta mengerjakan amal soleh, bahawa ia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah dimuka bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi khalifah. Dan Ia menggantikan (keadaan ) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik”
[Qs An Nur:55]

“Dan jika Aku (Allah) hendak membinasakan suatu negeri, maka Aku perintahkan kepada orang yang hidup mewah dinegeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan (fasik) dalam negeri itu, maka sepantasnya berlaku terhadap mereka (Ketentuan-Ku) kemudian Aku hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”
[Qs Al Isra:16]

Balasan orang Fasik
Orang Islam yang berbuat fasik, berbuat kerosakan, kejahatan dan maksiat dimuka bumi ini, maka Allah menyediakan seksa neraka yang pedih.



p/s: tulisan adalah dari pemerhatian aku sahaja..tiada kene mengene ngan idup atau yg mati..huhu..pesan untuk diri sendiri juga..boleh?..no offence y'all..peace..hee..susah tau nak pikir ayat yang pada masa yg sama tak terlalu ekstreme..sbb zaman skrg org lebeh terima kepada cara berlembut dan terbuka..haishh..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers