Tuesday, November 8, 2016

KENA AMBIL UBAT SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN?


Kadang-kadang pelik kan bila dengar ahli farmasi bagi arahan macam mana nak makan ubat. Ada yang kena ambil sebelum makan. Ada yang selepas makan. Yang kena kunyah dengan makanan pun ada. Kan semuanya akan ke perut juga akhirnya. Mereka ni sengaja nak peningkan kepala pesakit ke?


Sebenarnya susah nak jelaskan kaitan antara tempoh pengambilan makanan dan ubat ni. Terdapat banyak isu dan kaitan antara ubat dan makanan. Saya cuba terangkan semudah dan seringkas yang mungkin.

BIASANYA UBAT LEBIH MUDAH DISERAP SEWAKTU PERUT KOSONG

Secara amnya, makanan di dalam perut akan menyebabkan proses penyerapan ubat berlaku dengan lebih lambat. Ini kerana makanan akan diproses di dalam perut terlebih dahulu sebelum di bawa ke usus kecil untuk proses penyerapan. Makanan, terutamanya yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi akan menyebabkan proses ini berlaku dengan lebih lambat.



ADA UBAT LEBIH MUDAH DISERAP BERSAMA MAKANAN
Sesetengah ubat lebih mudah diproses dan diserap sekiranya diambil bersama makanan. Ini bergantung kepada sifat kimia fizikal (physicochemical) dan farmakokinetik ubat itu sendiri. Ketiadaan makanan dalam perut akan menyebabkan proses penguraian ubat tidak berlaku dengan sempurna dan menyebabkan ubat tidak diserap dengan baik.


SEBAHAGIAN UBAT MENYEBABKAN RASA TIDAK SELESA SEKIRANYA DIAMBIL SEWAKTU PERUT KOSONG
Ada juga ubat-ubatan yang akan mendatangkan kesan sampingan iritasi kepada permukaan perut. Ini boleh menyebabkan kepedihan di dalam perut. Oleh sebab itu, ubat-ubatan seperti ini perlu diambil bersama makanan ataupun sejurus selepas makan.


INTERAKSI UBAT DENGAN MAKANAN
Sebenarnya semua makanan yang dimakan akan bertindak balas dengan ubat-ubatan. Cuma kadar tindak balas tersebut berbeza mengikut makanan dan ubat. Contohnya makanan yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi seperti pisang dan tembikai berkemungkinan bertindak balas dengan beberapa jenis ubat darah tinggi yang boleh meningkatkan kandungan kalium dalam darah.


PANDUAN UNTUK PESAKIT

Agak mustahil untuk saya senaraikan cara pemakanan semua jenis ubat-ubatan dan juga kemungkinan interaksi antara jenis makanan dan ubat di sini. Namun begitu, berikut adalah beberapa panduan untuk pesakit:-

1. Sentiasa patuh dan peka pada arahan doktor/pegawai farmasi/label ubat. 

2. Beritahu doktor/ahli farmasi ubat-ubatan lain yang anda ambil termasuk vitamin dan ubatan herba atau tradisional.

3. Ambil ubat dengan air kosong yang mencukupi bagi mengurangkan risiko interaksi ubat dan minuman. 

4. Jangan campur ubat dengan makanan atau minuman melainkan telah mendapat nasihat ahli farmasi/doktor. 

5. Ambil ubat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan sekiranya ubat perlu diambil sewaktu perut kosong.


Semoga panduan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman mengenai kaitan ubat dan makanan.


Rujukan:
1. Pharmaceutical Benefits Branch. Be wise with medicines ... the facts. Canberra: Department of Health and Ageing; 2000. 
2. Schmidt LE, Dalhoff K. Food-drug interactions. Drugs 2002;62:1481-1502.
3. McNeece J. Grapefruit juice interactions. Aust Prescr 2002;25:37.
4. http://www.webmd.com/…/…/details/list-interaction-medication


sumber

Tiba tiba ku jatuh cinta dengan SHAKLEE

Kalau korang ade follow facebook or instagram aku, mesti korang perasan..aku punya timeline sekarang penuh dengan kempen je..haha..

ada kempen Leptos lah..Kempen Shaklee lah..haishh..ye la kan sejak dua menjak ni, aku tengok ramai betul mula start berbisnes. aku pun terjebak lah jugak. tapi bukan sebarang bisnes beb..

aku tak tau kenapa aku lebih interested nak jual produk produk kesihatan ni. bagi aku macam menarik dan adventure pulak. yelah kan, selain menjual, aku juga kene lebih memahami satu satu produk tu untuk apa, macam mana nak guna, macam macam lah..suka pulak aku.

jadi, berbalik kepada tajuk, yes..tiba2 aku terjatuh cinta pulak dengan SHAKLEE ni. bukan apa, aku pun memang dah lama consume shaklee ni, tapi untuk diri sendiri je lah...semuanya start masa aku lepas melahirkan Sakinah..

Rasanya aku tak penah tulis lah journey breastfeed aku kat sini dulu..ahh ruginyaa..

takpe lah, pendekkan cerita, aku ada ambik supplement Shaklee iaitu ESP, Alfalfa + Lecithin masa aku breasfeed sakinah..tujuannya, aku nak banyakkan susu aku yang tak berapa nak banyak tu..memang berjaya...aku dapat lah menyusu sakinah sampai 2 tahun walaupun die tak fully bf..

plus, kombinasi alfalfa+lecithin tu jugak berjaya menurunkan berat badan aku yang naik mendadak masa mengandung tu..time tu lepas s
etahun lebih aku dapat turunkan ke 58kg camtu..yang mana sebelum aku mengandung kali ke dua aku berjaya pakai balik seluar jeans masa aku anak dara..hihi

Now, untuk anak kedua pun aku repeat ambik esp+alfalfa+lecithin...sehingga ar rayyan sekarang dah setahun..haa, kali ni aku fully bf setahun, tapi sekarang da campur lah..sebab ntah mak mentua ngan kak rahmah bizi kat rumah..leceh untuk diorang nak panas2 susu bagai..tapi still bagi la yang aku dah pump hari2..stock pun ade je kat fridge tu..

so, macam mana aku terjebak untuk menjadi independent distributor?..

ahhh..nanti aku sambung lagi ye..now nak balik sudah..




Wednesday, September 7, 2016

Aku dan Selfie..

Aku rasa semua pun tau kot aku ni kaki selfie..haha..jangan marah aaa..kalau yang fren fb / instag dengan aku, tiap minggu pun mesti ade je muka aku setepek dua kat page aku tu..aku agak orang yang dah kenal aku, mungkin biasa la kot..tapi yang baru kenal mungkin akan fikir..ahhh shila ni asik selfie je..macam cantik sangat..kah kahh..tapi, ada aku kesah kan..aku pencinta diri sendiri katanye...
lately ni makin galak aku berselfie hari2..baik dalam kereta, sampai office, on the way ke office pun aku sempat nak berselfie..hee..kau tau sebab apa..

haaa..recently aku ade lah beli satu makeup ni..tengah in sekarang ni..iaitu BB cushion..serius..sangat best..tapi aku rasa tak semua BB Cushion tu bes kot..sebab aku setakat ni ade beli 2 brand..

1st aku try sendayu tinggi punya brand..tapi aku tak tau kenapa muka aku jadi putih sangat pulak..maybe sebab aku beli tone yang cerah kot..plus, aku juga keliru dengan tone2 warna sebab nama die tak mcm bedak2 lain..pegi google sendiri kalau berminat yer..

so, lepas tak berapa puas hati dengan brand tu, aku pun pergi lagi watson, dan kali ni aku diperkenalkan dengan maybelline bb cusion ni..kalau hari tu, aku beli..takda sapa yang entertain aku..jadi aku pun pandai2 sendiri je ambik..kali ni ade staff watson tu yang kenalkan..lepas tu die try2 pulak kat muka aku kan,..sebab nak tengok sesuai tak tone ni kat aku..die ambil tone natural..tap tap kat muka aku..terus nampak macam glowing2..

lepas tu die try kan pulak blusher jenis cushion brand revlon pulak kat aku..terus mcam wowwww..ambik ambik ambik..haha..tak pernah2 aku terpengaruh ko..lagi satu die kasi try pulak eyebrow..okeh before this aku memang jenis tak pakai pun mekap untuk eyebrow..just bedak, blusher, eyeliner..so sekarang aku tambah apply eyebrow pulak..ternyata, bertambah seri jugak la muka aku..ehh ke aku perasan sorang..haha..ape2 je la kan..

bawah ni ade aku letak photo dari google untuk reference jika korang juga berminat nak try..

BB Cushion Maybelline Pic credit to mr. google
so far, untuk BB Cushion maybelline ni..aku sangat puas hati sebab dia full coverage kat muka aku, senang nak apply, dap dap dap je..lepas tu nampak natural je, tak tompok2..eh best lah..tapi aku tak sure la kalau untuk orang yang kulit jenis berminyak sebab aku rasa die agak berminyak sikit..brand yang lagi satu aku try tu pun sama..maybe after die blend dengan kulit kita lama sikit baru ok kot..macam kulit aku ni agak kering..so ok la..

loreal cussion blush
dan untuk blusher ni pulak..pun aku rasa best sebab nampak glowing lepas pakai..kasi 4 bintang..hee

So, tak sah kalau takda gamba2 selfie dari aku kan..meh meh tengok..santik tak kitewww..suka sangat dengan bedak ni sebab membuatkan muka selfie kita nampak flawless..addicted pulak nak mekap2 ni wehh..by the way..gamba2 ni xde filter yer..aku tak suka apply filter tu sebab nampak muka lain..



selfie baju baru..

ohh baju baru jugak..


tudung by @ellyganze..pegi beli..adik aku punya brand ni..


ni pun baju baru tudung baru..juga by Ellyganze..belilaaaa..





last but not least...haaa..ade budak menurun dari mak die..hahaha..


oklah..buhbye..alkesahnye aku dan selfie..

Monday, September 5, 2016

The grass is always greener on the other side

Aku tak tahu kenapa..tapi aku suka sangat kerja kat office aku sekarang ni..lokasi di woodlands. Aku rasa area ni sangat peaceful. Ini berdasarkan pemerhatian aku di waktu lunch hour..

aku suka berjalan kaki dari office ke woodlands mart, yang mana masa berjalan lebih kurang 15 minit. agak jauh sebenarnya. tapi aku sangat suka meluangkan masa sambil menikmati suasana berjalan menyusuri blok-blok HDB (flat2 perumahan di singapore). nak tahu kenapa?..

suasananya sangat nyaman tau. blok2 ni tiada bau2 yang kurang menyenangkan. malah sangat bersih. di samping aku dapat mempelajari atau memerhati masyarakat tempatan menjalani kehidupan mereka. aku tengok, setiap HDB mesti akan ade satu ruang taman yang ada permainan kanak2, tempat senaman orang dewasa. ruang bersantai dan riadah..memang best. sempat jugak aku nak try senaman kat situ..eh, aku tak tahu lokasi lain sebab aku cerita ni sekitar area office aku je lah..

Woodlands Mart tempat aku selalu jalan2 cari makan..photo credit to google map
tapi menurut kawan aku ..yelah maintenance die pun tinggi..nampak je bes..tapi seksa..banyak duit belanja..semua kene duit duit duit..yes.. itu lah reaksi most orang tempatan yang aku borak2..ohh lagi satu..selepas aku bekerja di singapore ni..persepsi aku dekat orang sg ni terus berubah..dulu aku ingat mereka ni sombong.. yelah negara maju kan..tapi sebenarnya baik2 lah orang sini..especially golongan senior2 ni..peramah..dan cara dorang berborak macam ko berborak dengan makcik2 ko..haha..jadi kita pun tak terasa asing sangat.

tapi aku rasa ni tengok tempat jugak lah..since aku pun bekerja area yang dekat dengan residensi..so mostly dorang ni penduduk2 kawasan ni..so mesti diorang anggap tu jiran2 dorang jugak kot..sebab dulu aku bekerja di area industri yang jauh sedikit dari penempatan..dapat jugak la tengok yang masyarakatnya yang sibuk dengan dunia mereka..kurang santai berbanding sini..sebab tu aku cakap aku suka area woodlands.

sebenarnya apa eh point aku..haha..dah lama aku nak bercerita tentang pengalaman bekerja di negara orang ni..yelah, bukan semua berpeluang kan..aku bersyukur sangat sebab dapat peluang ni..walaupun seberang tambak je..tapi still make big different..without me need to sacrifice anything. lagi lah advantage kan..tak payah tinggalkan family, dah payah pindah jauh2..tapi kerja luar negara..haha..paham tak..

tapi tu lah..tak tau sampai bila boleh bertahan..dengan ekonomi sekarang ni..tell you, even negara stabil macam sg ni pun terjejas..ada je orang yang diberhentikan kerja. inikan pula negara kita..yang ekonominya kejap naik kejap turun..kesian dengan rakan2 yang terpaksa diberhentikan. aku paham perasaan tu sebab aku pun pernah bukan sekali..tapi 2 kali diberhentikan. macam lost kan..to those people, be strong okeh..mungkin akan ada rezeki yang lebih luas lagi lepas ni..jangan berputus asa okeh.

yes, berdasarkan tajuk, aku percaya..sesiapa saja mesti selalu fikir, negara kita ni tak best..lagi best negara sekian2..atau kalau aku kerja kat sekian2 ni kan lagi best..macam aku jugak..lepas kerja di singapura..i tell you..there is no way aku nak balik kerja di negara sendiri..you know why kan..hee..rata2 kawan2 aku yang sama ulang alik jb-sg ni pun berfikiran yang sama..mereka seakan berpaling tadah dengan negara sendiri lepas mendapat nikmat yang sedikit di negara orang..ecehh..eh i am trying to write in full sentence actually. please bare with me..if only i still got the readers here..(say hi please..if you drop by.. :)..)

tapi tu lah aku cakap..orang tempatan sini pulak berfikiran sebaliknya..selalu juga aku dengar komplen2 dari mereka..dan mereka juga mengambil peluang membeli hartanah di negara kita untuk plan di hari tua..see, sebenarnya kita ni patut bersyukur jugak dengan negara kita..walaupun seperti dah tak ada apa yang membanggakan sebab di cemarkan dengan sikap pemimpin2 kita sendiri..tapi tu lah..sebagai rakyatnya..perlulah kita menjaga negara kita sendiri sebaiknya...jangan asik nak tengok banding negara orang je..

ok tu je la pesanan khidmat masyarakat sempena bulan kemerdekaan malaysia ni..haha..


p/s: ape lah aku ni..sebenarnya nak cerita lain..jadi lain..haishh..somehow, lost the skill to update blog lah..


Monday, August 1, 2016

Riding Electric Scooter to Work

Assalamualaikum everyone..

Aku tak buat entry raya pun kan..dah la titlle english, tetiba content in bahasa kan..kah kah..lantak..saja nak bagi gempak tittle :p..

Tau tak..last week aku telah achieve satu lagi wishlist..melihatkan this few weeks..jem kat causeway semakin teruk..naik bas je dah nak 40 minit. such a waste time you know..jadi marilah beli sahaja the electric scooter yang aku idamkan sejak setahun yang lepas..aku bukan apa, scooter tu mahal sangat..membuatkan aku berfikir sejuta kali jugak nak beli..until last week lah..

ceritanya bermula dari sini..eceh..

sedang aku berborak dengan my filiphino colleague, die tiba2 termasuk cerita jem kat tambak johor tu..sebab die pun family tinggal kat JB, so that day (monday) die datang office dari JB, baru die tahu keadaan jem tu macam mana..so die cerita lah die nampak orang naik scooter electric tu..then aku pun bukak la cerita..aku pun memang nak beli scooter tu..cuma tak tau nak beli kat mana dan tak tau kedai mana yang murah..so member ni cerita la..die tau kedai sekian sekian kat woodlands ave 6...kalau nak pergi die boleh bawak...then aku pun excited..langsung ajak je die pergi tempat tu..haha..dan dan je..without thinking twice lagi dah..

so kat shop tu..boleh try2 lah scooter yang ada..aku in mind memang dah ada model mana yang aku berkenan..luckily kat kedai tu pun ade that model..so, aku terus try yang tu...then sambil tu ade lah try other model..which is aku tak suka sangat lah sebab berat..jadi, tak sampai sejam..aku pun terus setuju nak beli model aku try 1st time tu...hoho..

kedai ni die ade publish kat qoo10.sg..so, that week ade pulak die bagi kupon diskaun kat qoo10 tu sebanyak sgd100..pastu dan dan pulak esok last day kan..haisshhh..macam saje2 je nak suruh aku beli kan..maka aku pun make online payment..dan membawa balik scooter tu..macam best gila okeh..sejak ada scooter ni..memang aku excited bila pagi2 nak pergi kerja..haha..macam budak2 je..


so, this is the scooter i've been talking about..aku nak amik gamba sendiri tapiiiii..aku sekarang takde photographer lah..so banyak gambar aku selfie je..macam mana nak amik gamba penuh..huu..aku even plan nak shoot video aku naik mendalah ni..haha..sebab ade membe aku cakap macam tak leh emagine aku bawak scooter pergi kerja..nanti2 lah yer..

since aku ada scooter ni, hasilnya aku sampai office ontime even aku keluar rumah dah lewat lebih pukul 7..best wooo...cuma yang tak besnya, kene lah aku angkut mendalah ni turun naik bas..yes, i still take bus kat woodlands checkpoint to my office..sebab kalau nak ride scooter ni boleh..tapi aku gak lambat sikit lah..

pastu time lunchour pun aku bawak scooter ni..haha..sebab opis jauh dari foodcourt kan..so ni macam kenderaan aku lah kat singapore ni..bagus bukan..ura2 ade dengar singapore nak start undang2 baru pasal scooter ni..tapi tak tau lah..sebab sekarang ramai je pakai..kat sini bukan scooter je..basikal letrik pun biasa je nampak..tak tau lah kan..harap2 takde lah..hee

eh ok lah..nak sambung wat keje..daa..






Sunday, May 22, 2016

Love comes softly

Hi..rasa nak berblogging pulak malam2 ni...tengah hujan lebat..semua dah tido..aku pun baru je lepas buat power pumping..huu..tau tak pumping 1 jam baru dapat 3 oz..aduihh..tapi demi Arrayyan..ku mesti berjuang habis habisan..huh

Eh sebenarnya nak cerita hal lain..by the way, tajuk cerita ni aku amik dari cerita love comes softly..suka cerita tu. Die tentang sorang perempuan ni kematian suami..lepas tu terpaksa menumpang dengan sorg duda ade anak ni..hidup dorang pun susah..tapi demi kelangsungan hidup..si duda ni pun kahwin la dengan balu ni..dorg tak bercinta pun. Tapi lelaki ni baik dan bertanggung jawab. Lama kelamaan die pun jatuh cinta dengan suami die..hihi..watak pempuan tu dilakonkan katerine heigl..betul ke ejaan tu..lantak..

Ape aku nak ceritakan sebenarnye ni..haha..hilang punca pulak..tadi banyak nau idea nak blog. Ni dah blank..eee..

Nak cita pasal pagi tadi lah..macam cerita kelakar pun ade.

Tau tak pagi tadi gaduh mulut ngan en.husband..agak bengang gak la..aku rasa aku belum tunjuk gangster sangat ngan die..so pagi tadi pasal basuh pinggan...eee..ko tau..laki aku ni peliks..die ni super rajin bab bab mengemas..aku pulak agak layback..takde la tak mengemas langsung..tapi kalau dah tujuan hidup tu asik nak berkemas je..apehal kan..haha..tak boleh ke rilek2 kemas slow2..amik time..jangan kelam kabut nak keja masa sangat...ni tak die kalau boleh nak buat semua bagi settle sebelum tghari sbb rutin die tgahari die tdo kejap..die nak keja time tido tu..haha..die tak cakap tapi aku tau target die nak tdo..haha.. memang geram..

tadi die bebel sebab tengok pinggan mangkuk dalam sink banyak..sedangkan time tu aku nak memasak untuk sakinah..breakfast je pun..aku nak buat pancake..pastu dengan nak tgk resepi lagi..mesti lah macam terkial2..haha...ok my bad..tapi tu la time bestnye..sebab rayyan baru tido..kina lak baru jaga..mil pulak keluar ke pasar dengan kak rahmah..so best time nak try skill masak..aku suka tengok anak2 aku makan aku masak..sebab tu nak buat jugak..

Then my husban sebok pulak..cakap makan je la ape ade..tgk ni pinggan x basuh..dengan muka bebel die tu..eee..haha..aku kan ape lagi..menyinga la..baru nak feel2 jadi mak2 masakkan anak..di marah pulak..nak kemas tu nnt lah bile semua dah settle..tak boleh ke..geram derr..mmg aku ngamuk tadi...so dua2 bertekak..haha..mencik..last2 semua tu die yang basoh..aku cakap tak yah lah buat kalau nak bebel2 cmtu..eee..

So tak lama tu mak mentua aku balik..haha..ni part lawak..mungkin die rasa semacam je ke ape..die pun tanye.."gaduh ke"..aku nak tergelak..hihi..memang tepatt sekali..aku pun jawab la "dikmi tu mak...bla bla bla.." ..pada masa yang sama..my husband pun cakap "shila tu mak..bla bla bla..."..haha..mak mentua aku diam kan aje..korang tak rasa macam budak2 begaduh tak...haha..

Pastu kitorang pun macam biasa balik...fuhh seb baik my husban tak merajuk sebab aku marah die..takut gak aku kang die mogok duk lam.bilik je tido..haha..pernah ko die buat camtu..

Tapi my husband is the best...malam ni belanja makan cheese nan..walopun dah bnyk kali aku cakap nak makan..tapi baru nak bawak..takpelah janji ado..sejak aku duduk JB ni..memang jaranng sangat makan kat luar..selalu beli bawak balik rumah je..makan kat mamak lagi lah jarang..memang beza betul dari stail aku kat KL..huhu..kadang2 rindu zaman tu...selalu jalan2 cari makan..kat sini tak tau nak makan ape yang best..haishh..

Hmm dari cerita aku ni ape yang link dengan tajuk eh..haha..ok lah..aku rasa makin sayang ngan my husband..die kan bestt..walopun tak romantik..tak loving..suka bebel2..tak suka belanja makan..tapi kan die kan sangat memahami..kerja2 rumah rajin die buat..sekarang gosok baju pun die buat sendiri sbb die kata kesian kat awak (dengan nada perli sbnarnya..haha)..tak kesah la..janji settle..keje aku jaga budak2 je..tu pun selalu die kene handle sakinah sebab ini budak sangat mengada kat ayah die..hmm

Tadi pun masa aku power pumping..die temankan..sambil tengok tv..and tolong dokongkan rayyan kejap sebab die terbangun tdo dan menangis..i tell you power pumping is not easy kalau takde partner ni..yelah die kene 1jam..pastu kang tengah2 pump tu budak nangis dah terbantut kan..haishh..tapi tu lah..en husband mmg bg full support aku bf ni..belikan suppliment bagai...sangat2 berterima kasih kat die..semoga Allah bagi pahala yang besar kat die kan...

Eh ok lah..aku nak off..si rayyan ni dah gerak2..huhu..ini budak die macam tau aku buat keje lain..die suka aku ngadap die je time tdo tu..manja sungguh la haii..

Babai..gud nite..



Daisypath Anniversary tickers