Wednesday, July 26, 2017

TOTAL COST KE ISTANBUL TURKEY. (DIY vacation)


Assalamualaikum kawan-kawan ku..masih adakah pembaca blog aku nih..hihi

Lama gila tak berupdate dan update yang lepas lepas pun pasal produk kan..maafkan kami penunggu blog. hihi

Sebenarnya aku dah lama nak update pasal vacation aku sekeluarga. eh, pertama kali okeh vacation ni yang aku dan mr.husband plan untuk pergi ngan anak-anak sahaja. yelah, selalunya pergi dengan either family dia or family aku kan..yang tu aku maybe akan cerita separately lah eh..

Dalam entry ni aku nak cerita pasal total cost je dulu. aku agak mesti ramai google2 berapa cost kalau kita nak melancong ke turkey secara DIY kan kan..

So saja nak tulis dalam blog ni, mungkin boleh memberi manfaat kepada yang lain.

Jadi kat bawah ni pecahan-pecahan perbelanjaan yang aku dan en husband belanja sepanjang nak ke istanbul sahaja tau. 

Kitorang tak ke tempat2 lain sebab bawak budak kecik, payah la nak turun naik bas or flight. maybe next time lah kita ke cappadocia / pamukkale kan..harap2 dapat ke sana lagi satu hari nanti. Sangat best okeh istanbul Turkey ni.




FLIGHT

(Air Asia) JB-KUL (2 adult, 1 child, 1 infant) = RM685.54
(Singapore Airline) KUL-SG-Istanbul (13 hrs) (2 adult, 1 child, 1 infant)

= RM 7264.24 (2098.00/pax + 282.00(infant) + RM685.54 airasia)

kitorang pilih SIA sebab time kitorang booking flight tu, SIA yang rate paling murah antara yang lain. 

time Booking ni bulan 12/2016 dan nak terbang pada 6/5/2017..kena lah booking awal kalau nak dapat tiket murah..tapi kalau tak silap aku, dalam bulan january ke ape ntah, ada lagi flight murah sikit. tapi tak jauh beza sangat lah..

ni first time kitorang naik SIA. ok jugak service nya. actually kitorang plan balik on 14May. tapi dalan bulan mac ke april ntah, SIA pm cakap flight on 14May cancel, so kitorang setuju je la untuk cut short 1 day to 12May from istanbul. boleh laaa. 

nasib baik SIA dapat arrangekan seat kitorang satu family satu row..sebab kalau tak, kitorang booking tu tak dapat satu row. aku ngan husband book flight time lain2 sebab tak boleh pay full amount so kita split kepada 2 booking reference no. 

dia book kat mesia, aku book kat sg..haha..

orang mesti tanya, kenapa kitorang tak naik flight direct je dari SG, since JB ngan changi lagi dekat dari KLIA kan..

korang tau, direct flight lagi mahal dari booking KUL-SG-Istanbul. tu je la sebabnya. kalau tak silap beza dalam 6k kot,. baik tak yah kan..

so mula2 fikir nak drive ke KLIA, tapi last2 aku kata baik naik flight je la. so last minit amik Airaisa..lege sikit xyah fikir parking lagi kan..



HOTEL

Booking throught AirBnB (S$40 /night ) 5 nights = S$232 = RM720.54 (payment through paypal)

"(STUDIO IN OLD CITY SULTANAHMET Cankurtaran Meydanı Sokak No:3 Sultanahmet Fatih, İstanbul)"


ni pun idea aku..haha..gigih suami isteri memilih mana nak stay kat istanbul nanti..
kitorang booking apartment ni dalam bulan Februari. aku tengok hotel2 kat istanbul harga dia ok la.. tak mahal sangat.

kitorang decide nak duduk apartment sebab luas, ada dapur, ruang tamu, bilik bagai kan. so budak2 tak la boring duduk bilik kecik. 

luckily studio aparment yang kitorang stay tu tak jauh sangat dari main attraction. memang dari awal kita dah target nak stay kat kawasan old city iaitu Fateh. sebab nya kat sini lah ada Masjid biru, Aya sofya, istana Topkapi, grand Bazar, Spice Bazar etc. 

so senang kita nak kesitu by walking distance je. kawasan studio kitorang ni belakang masjid Biru. so, setiap kali keluar mesti lalu depan masjid biru tu. seronok sngat. view dia oh my..cant tell by words gituu..

ohh aku booking ni guna paypal je. dan senang buat cancellation. kan aku ckp kita cut short 1 day kan, so aku email host studio ni dan directly dia transfer back duit balance 1 hari tu..simple dan boleh dipercayai.

aku sediakan link kat atas supaya korang boleh klik nak tengok2 okeh..the studio aprtment exactly like the photo shown in the link


BELANJA

Tukar 650 EURO / PERSON me and husband Exchange rate = RM3131.70 x 2 = RM6263.40


belanja ni, termasuk la makan, airport transfer ke studio pegi balik, trem yang kita naik jalan2 kat city tu, feri round selat bhosphorus semua tu lah..tiket masuk muszium bagai termasuk shopping jugak..hihi..selamat la ko nak budget2 setiap hari banje berapa..

actually aku ngan mr. husband tukar euro100 ke lira tiap hari..exchange rate dia bertukar2 tiap hari. so dlm 280 lebih ke 300lira kalau tak silap..boleh la cover makan transport semua. tak bnyk la belanja. kecuali kalau ko nak shopping sakan. tudung2 mahal tu..mmg kene bawak lebih..

tudung silk kat sana range 100lira ke atas tau. dan cecantik..i loike. tp aku dapat beli 2 tuk aku, 2 tuk mil and mak aku..yg silk la..yang biasa tu dalam 25lira dah dapat. heh

makan kat sana pun boleh tahan, macam pagi2 aku suka beli toast. or roti kepit aku panggil. sedap bak hang. tu dalam 5 lira lah..sakinah suka sangat, so satu x cukup yerrr..haha

kitorang tak makan fancy2 pun kat sana. en husband tak minat nak masuk restoran2 yang nampak menarik tu. dan korang tau tak..hari ke 4 dia dah tak lalu nak makan makanan turkey ni..haha...dasar tekak melayu kan. eh aku suka tau. bnyak roti2..heaven. dan roti dia lain macam kenyal dia. sakinah pun suka. yayan biasa2 je lah


so total damage kitorang untuk percutian ke istanbul ni adalah....


OVERALL TOTAL: RM14 248.18

actually bila kita share spending ni jadi lah sorang dalam RM7200 lah..ok la kan, kita tak follow any travel agent, semua kitorang plan sendiri tau. berpandukan buku travel dan map. memang best explore sendiri. 

lagipun bandar istanbul ni tak la susah sangat nak ke sini ke sana, ada train dan trem semua..bas ngan teksi pun banyak. tapi kitorang naik trem je la..senang..banyak jalan kaki pun ye..

tapi tak bosan jalan kaki kat sana, since cuaca pun tak sejuk sangat, dan tak panas sangat, tak hujan..memang nyaman je la..kitorang pegi bulan MAY, time tu baru je lepas musim tulip. memang nampak la saki baki bunga tulip yang hampir layu..sayangnye. kalau tak boleh tengok warna warni tulip yang cantik tu..


meh aku belanja few gambar eh..lagi gambar lain nanti la aku upload sini..or kalau korang nak tgk tgk kat fb aku..kalau korang frend ngan aku la kan..hihi

view berlatarbelakangkan selat bhosphorus..eh camtu ke ejaan dia. ni kitorang menyebang ke uskudar naik feri. bari 4lira je tambang sorang..

 gambar di grand bazar..very huge the place okeh..


ni view dari gelata tower. oh my nak naik ke gelata tower ni agak keseksaan okeh. jalan die bukit tinggi. bayangkan naik bukit tinggi tu bawak 2 kids be like..


till then..c you later ..


 
Daisypath Anniversary tickers