Wednesday, December 14, 2016

Cara Cara Menghilangkan Stress

huishh..minggu ni stress betul menghadap project manager aku ni..pagi-pagi lagi belum buat apa-apa, terus menghadap dia..haha..pening..rasa nak makan orang..adehh

Jadi, oleh kerana stress, cik cila arini nak cerita lah bagaimana nak menghilangkan stress ni..yelah, stress kan tak bagus. tak baik untuk kesihatan tau. so, jom tengok apakah cara-cara nya,.




Apa itu stress? 


Stress ialah istilah yang membawa maksud tekanan, beban, konflik, keresahan atau kemurungan


Stress berlaku disebabkan kerana seseorang itu merasakan keperluan melebihi kekuatan dan sumber yang ada pada mereka. Terdapat pelbagai cara untuk  menghilangkan stress sebelum gejala ini bertukar menjadi lebih serius


Cara menghilangkan stress dengan bersenam
Dengan bersenam seperti berjogging dan melakukan riadah, ianya dapat membantu menghilangkan stress dengan pelbagai cara. Dengan menlawaskan endorfin dan melancarkan pergerakan darah, kita boleh berinteraksi dengan ramai orang.

Selain dari itu, bersenam juga dapat menolong kita menjaga kesihatan kita. 2 in 1 la katakan. Oleh itu, amalkanlah bersenam 3 kali setiap minggu.
 
Tidur
Rasa-rasanya, ini adalah part yang semua orang sudah mahir melakukannya. Tetapi tidur yang dinyatakan ialah dengan tidur yang cukup. Tidur yang cukup membolehkan badan kita berehat sepenuhnya. Tidur selama 6-8 jam sehari akan mengecas tenaga kita serta mengekalkan dan mengstabilkan emosi kita selain menjadikan kita lebih opitimis untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Berdasarkan kajian daripada Havard University, tidur sekejap pada waktu pagi atau power nap selama 15-30 minit mampu meninggikan percapaian pekerja sebab power nap mampu menghindarkan kita dari stress, keletihan dan burn out.

Bersiar-siar

Menurut pakar, dengan melihat keindahan alam dengan bersiar-siar boleh mententeramkan minda. Melihat kenindahan seperti pelangi, hujan yang hijau, lautan ombak dapat menyumbang kepada ketenangan fikiran. Anda boleh cuba dengan melihat keindahan alam selama 20 minit setiap hari dan anda boleh merasai kelainannya.

Jika anda merasa sangat stress, silalah ambil waktu untuk bercuti.
 
Berinteraksi dengan kawan atau ahli keluarga.
Memberikan masa dengan kawan ahli keluarga dapat mengurangkan stress kita. Jika kita berdiam diri, orang yang rapat dengan kita sekalipun tidak dapat membantu kita menangani masalah kita. Kawan atau ahli keluarga adalah tempat untuk kita mengadu mengenai masalah yang kita alami. Ini kerana, kawan atau ahli keluarga adalah tempat kita bercerita, ketawa dan berkongsi duka lara kita.

Jika kita masih mempunyai ibu bapa, telefonlah mereka. Mereka adalah individu yang paling faham akan diri kita.


Makan makanan yang dapat menghilangkan stress.
Mungkin ramai daripada kita tidak mengetahui bawah terdapatnya makanan yang mampu mengurangkan stress mahupun tekanan. Makan yang kaya dengan protien, omega-3, vitamin C, B2 dan E seperti asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, buah oren, buah jambu, dark choclate serta oat meal boleh memberikan kesan menenangkan kepada kita.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan B Complex Shaklee yang sangat2 membantu mengurangkan stress.




Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress?

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.


·         Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolism

·         Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.


·         Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

·         Vitamin B5~mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang


·         Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

·         Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual


·         Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

·         Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 


boleh juga mengamalkan doa ni untuk kurangkan stress yer..


Akhir kata,terdapat pelbagai cara untuk menghapuskan stress dan ianya bergantung kepada individu untuk mengani masalah tersebut. Kita sepatutnya bertindak atau menyelesaikan masalah stress ini dengan bijak kerana jika stress dibiarkan , banyak masalah bakal kita hadapi. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menyelesaikan tekanan dalam kehidupan harian kita.




No comments: