Friday, March 16, 2012

makan kuaci..

Assalamualaikum...

ntah apa2 aku ni kan..makan kuaci pun nak cerita...hehe :p

aku bukan apa..tadi la, sewaktu nak beratur di kaunter bayaran lepas makan lunch di sebuah restoran mamak berdekatan, tangan aku ni gatal pegi pegang ade bungkusan dried fruits yang di jual di situ..lalu, tak semena2 aku amek bungkusan kuaci dan baca la die punya penerangan kat belakang bungkusan tu..sekali, aku terbaca yang kuaci ni tinggi vitamin A..Sō ā [bahasa jepun :p]

never expected yang kuaci adalah tergolong dalam healthy snack actually..so, aku pun terus ke 7E tuk beli kuaci sebab aku memang suka snacking time..haha..actually everytime kot aku snacking..huu..mana lah tak gomoks..duduk depan pc, makan makan makan..so, instead of aku beli jajan or ice cream, aku pun beli je la kuaci ni...layan jugak..

balik office, aku pun google tentang khasiat biji bunga matahari..so, this i found recently..just to share with y'all :D ..

sisa aku makan tadi..hee..tu pun nak tunjuk T___T

Kuaci bunga matahari bukan sahaja enak malah merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram bunga matahari tanpa kulit cukup untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Jom tengok kebaikan Vitamin E yang terkandung dalam kuaci :

  • Vitamin E penting untuk meregangkan, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik.
  • Vitamin E ialah anti oksidan dan sangat penting kepada tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.
  • Dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah, osteoarthritis dan rematik.
  • Dapat mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus, dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.
  • Membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.

Biji bunga matahari sangat baik bagi ibu hamil kerana kaya dengan folat. Selain itu ia juga kaya dengan berbagai mineral seperti magnesium, selenium, tembaga, zinc, kalsium, dan zat besi.
(sumber: google)

ok tu je..bye..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers