Thursday, August 11, 2011

ROTI DAGING GORENG

actually roti goreng ni jadi feveret aku sejak duduk selayang lagi..dulu ade makcik jual kat depan bintang selayang tu..so, kitorang beli..sedap lak kan..walopun banyak minyak..hik..tp dulu aku tak kesah pun minyak ke hape ke aku bedal :p..tapi, roti ni jarang la org nak jual..kat pasa malam pun susah nak dapat...bulan puasa ni, setakat yang aku tau, mmg ade kat bazar tasik permaisuri ngan kg baru (yg ni aku detect masa bapak aku drive depan gerai tu)..hehe..

nak dijadikan cerita, selasa baru ni, aku tetibe teringin lak makan..pastu terbayang la yang kat kmpung baru nye..gigih aku drive dari opis balik singgah kg baru..dah la jalan kat area chokit tu jem jek..elok2 aku nye jalan balik opis x jem..tetibe pegi tempoh jem semata2 nak beli sebiji roti..haha..gilo..dah la pulak tu, kat baza kg baru tu mane ade parking..dah aku drive thru je..beli melalui tingkap..haha..tak pasal2..tapi takpe asal dapat makan sudah :p ..tapi yang die jual tu agak mahal la jugak..harga 2.90..huhu..awat tak genap kan 3.00 je kan..pastu lak..die tak guna daging cincang..haishh..tp seb baik sodap..hiks..

oleh kerana susah nak dapat, aku fedup..maka aku google la resepi..tapi resepi aku dapat tu sebenanye die tak guna kulit popia tuk goreng..aku just fokus kat resepi daging tu jek..so jom share2 resepi ni yek..sonang yo...oo..ni dr blog home sweet home ni..

Bahan:-
400 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - cincang
2 helai daun bay (aku tak letak)
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeku (aku letak sos lada hitam je..sbb sos barbeku mahal..hehe)
2 sudu besar sos tomato (ni aku tak letak..kalau ade lagi best sbb ade rasa masam2)
sedikit air
sedikit gula
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (minyak masak biasa sudahhh)
roti sosej secukupnya - dibelah 2 jgn putus
kulit popia - untuk balut roti
minyak untuk menggoreng roti..

Cara Penyediaan Inti:-

Panaskan minyak dalam kuali non-stick. dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau sebentar.
Masukkan daging serta daun bay. Masak hingga daging separuh masak.
Masukkan kesemua jenis sos dan masukkan sedikit air untuk pastikan daging telah masak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak daging kisar hingga airnya kering dan daging nampak pekat dengan sos.
Seimbangkan rasa biar sedikit pedas kari dan manis masam sos dan tutup api. Biarkan sejuk sebentar.
Letakkan inti di tengah2 roti dan picitkan sos cili dan rapatkan belahan roti.
balut roti dengan kulit popia
last sekali goreng la ape lagi...hihi..

inti yang dah siap masak..

roti hot dog..aku potong 2 sbb cam besar sgt lak kalo sebiji2 tu..

kulit popia..yg tepi tu sos black pepper aku guna tuk masak daging..

dah siap2 nak balut..letak sos sikit kat roti jugak..aku penggila sos cili :p

sedia untuk digoreng..gamba lepas goreng tak amek lak..

ok lah itu saje yer tuan2 dan puan2 kelas memasak hari ni..haha...well, semalam aku buat jugak kuih ondeh2..tapi aku tak amek gamba sebab aku rasa malu jek..kuih ondeh2 la paling senang nak buat..hahaha..


1 comment:

diskopi said...

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times - An essay and short story writing competition in Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.

More than RM6,000 worth of cash, books and a super cool limited edition diskopi's bersih t-shirt "melawan atas jalan bukan hanya atas talian" to be won + a chance to get your writings published in a book to be launched this year!

For those interested to capture the zeitgeist of our era through essay or short story and won those prizes please check it out the details, terms and conditions of the competition at:

http://diskopi.wordpress.com

You can also download the competition poster in jpeg files at diskopi blog and publicised it in your blog and facebook.

And please spread the good words to all your online and offline friends.

Thanks.