Sunday, November 15, 2009

bapak aku masuk surat khabar Sinar Harian on 15/11/09..hehe..siap ade gamba lagi...yg depan sekali with baju petak2 yg gemuk itu ;p

petikan akhbar dari sinar harian online





BANDAR BARU SENTUL – Jabatan Penerangan merancang untuk melantik lebih ramai Penggerak Bestari di setiap kawasan Parlimen bagi memastikan maklumat kerajaan disampaikan dengan efektif kepada rakyat. Ketua Cawangan Perkhidmatan Komuniti dan Pembangunan Masyarakatnya, Abdullah Sulaiman berkata, setakat ini hanya terdapat kira-kira 50 Penggerak Bestari dalam setiap kawasan Parlimen. Menurutnya, Penggerak Bestari dilantik daripada kalangan penduduk di kawasan perumahan dan mereka akan menjadi mata serta telinga Jabatan Penerangan. “Mereka ini membantu Jabatan Penerangan menye barkan maklumat kepada orang ramai dan kita akan tambah jumlah Penggerak Bestari dari tahun ke tahun. “Dengan peranan yang dimainkan oleh Penggerak Bestari yang dilantik ini, maklumat kerajaan akan dapat tersebar dengan cepat dan meluas,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas menyem purnakan upacara penutup Program info Bestari anju ran Komuniti Bestari Bandar Baru Sentul di Dewan Orang Ramai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Perumahan Awam Seri Perak, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Komuniti Bestari Bandar Baru Sentul, Mohd Daud Kassim dan Pegawai Penerangan Kawasan Parlimen Kepong dan batu, Baharudin Mohamad. Beliau berkata, selain menyampaikan maklumat, Penggerak Bestari membantu Jabatan Penerangan mengumpulkan info menge nai masalah atau keperluan rakyat untuk disampaikan kepada kerajaan. Mengulas mengenai Program Info Bestari, Sulaiman berkata, itu dapat memberikan maklumat kepada orang ramai menge nai perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam program terbabit. Sementara itu, Mohd Daud berkata, Program Info Bestari dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Penera ngan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Persatuan Penduduk Seri Perak dan DBKL. Katanya, objektif program itu adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara komuniti Bestari dalam sesebuah kawasan sejajar dengan fokus utama perkongsian maklumat dan hubungan komuniti Bestari. Beliau berkata, program itu juga menggalakkan penglibatan ahli komuniti Bestari dalam menguruskan program secara bersama. “Kita juga ingin mewu judkan perpaduan antara kaum dan agama dalam sesebuah daerah selain memberikan penjelasan mengenai isu semasa kepada masyarakat peringkat akar umbi,” katanya. Selain pameran daripada agensi yang terlibat, program lain turut diadakan seperti Forum Info Bestari turut diadakan dan barisan panelnya terdiri dari pada wakil dari KPDNKK, Mohd Azman Mahmud, Wakil AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zaidi Harun dan Pegawai Penerangan Wila yah Persekutuan Kuala Lumpur, Isagani Suradin.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers